Monday, January 25, 2010

Warna dan Personaliti


WARNA menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau keinginan seseorang.

Mengenali warna dan sifatnya:

Emas
- Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana
serta suka menolong.
- Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
- Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah
dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain.
Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
- Negatif: Boros berbelanja

Kuning
- Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa
ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada
pasangan.
- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan
mudah menyerah.

Merah

- Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga
senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum
dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau
- Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan
kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu

- Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua
perkara.
- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat
- Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda
juga gemar menambahkan ilmu di dada.
- Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak

- Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
- Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu

- Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
- Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
- Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia
pada pasangan.
- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
- Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
- Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
- Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
- Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
- Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan
kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang
anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
- Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.

Pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri.
Apa yang penting, warna perlu digunakan dengan tepat kerana warna boleh memberi
semangat serta kesenangan dalam setiap aspek kehidupan.
Ia boleh bermula dari rumah hinggalah cara berhias dan pemilihan pakaian.

Thursday, January 21, 2010

Perbuatan Zina Bunuh Rasa Malu


BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru.”

Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.


Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

sumber: berita harian

Tuesday, January 19, 2010

Mengapa YAHUDI Bijak??


Gambar: Sigmund Freud

Dari : Dr. Stephen Carr Leon (PHD)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab,

la, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah �S tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon



Petikan dari : http://surau.townplan.gov.my/surau/

Tak Pandai Cakap INGGERIS


Bambang yang tidak biasa berbahasa Inggris berimigrasi ke New York.
Dia telah mendapat pekerjaan, dan teman-temannya mengajarnya untuk mengucapkan “Apple Cake and Coffe(kek Epal dan Kopi)” dalam bahasa Inggris agar ia dapat memesan makanan sendiri.

Keesokan harinya, Bambang masuk ke sebuah kedai makan. “Pesan apa?” tanya pelayan.
“Apple Cake and Coffe” kata Bambang.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, Bambang terpaksa memakan kek epal dan kopi setiap hari selama satu bulan. Ketika Bambang mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajarnya untuk mengucapkan “Meat bread”.

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Bambang masuk ke restoran dan langsung memesan, “Meat bread”

“Chiken or beef?” tanya si pelayan.

“Apple Cake and Coffe” kata Bambang

MisCoMMuniCaTioN



Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe Wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : I’m Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : I’m Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI!!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he’s a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn’t work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i’ll broadcast it on the P.A system saying. “Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u’re their uncle, u’re a nobody. “how bout that!?
Toot… .Toot… .Toot… …

Monday, January 18, 2010

Perkara yang MENJELIKKAN PenEmuDuGa.


Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda:

~Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
~Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
~Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
~Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
~Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
~Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda


Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

ObJektiF PEnEmuDuGa


Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut.
Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.

Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

~Kebolehan berkomunikasi yang baik
~Mempunyai kelayakan yang relevan
~Bersemangat
~Berinisiatif
~Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
~Berwatakan Menarik

Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.

Aku sEekOr LALAT..


Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku
'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat.
Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'.

Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian sehari-hari.

Aku? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan diseluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari.

Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali.

Aku singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan
tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku.
'Celaka punya Lalat..!' kata dia.

Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan.
Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?.
Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ.

Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.
Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.

Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tohmahan? Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku?.

Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian. Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya, aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencari tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu, aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah pejabat yang cantik. Aku masuk dengan
menumpang seseorang yang membuka pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat sebuah catatan tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..' bisik hati kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat...)

Pakaian FORMAL Atau UNIFORM?



Apabila meneliti dunia kerjaya ini, sesuatu yang memberikan perbezaan ketara dan menjadi identiti bagi satu-satu pekerjaan itu selain dari perkhidmatan dan barangannya ialah pakaian kerjanya. Pakaian kerja melambangkan identiti dengan siapa anda bekerja, pangkat apa, dan juga di tahap mana.

Kebanyakkannya di negara kita ramai yang beruniform seperti polis, tentera, doktor, posmen dan juga pekerjaan dengan pakaian formal seperti guru, kerja bahagian pengurusan dan banyak lagi.

First view terhadap sesuatu pekerjaan itu sebenarnya menunjukkan prestij kepada pekerjaan itu sendiri. Contohnya pekerjaan yang melibatkan pakaian beruniform seperti polis, JPJ, Bomba dan lain-lain. Apa pandangan anda sejujurnya melihat seorang pegawai polis atau Major dalam tentera? Paling tidak pun nampak gah dan prestij diutamakan dalam bidang tugas mereka. Prestij pun penting selain dari gaji dan pengalaman.

Namun pakaian formal juga tidak bermakna tiada prestij. Lihatlah dengan kesesuaian pekerjaan dan tugas. Mungkin bekerja di pejabat dengan menguruskan pentadbiran atau menjadi guru JQAF di sekolah-sekolah tidak sesuai pula untuk berpakaian uniform kerana lebih kepada soft skill dalam aplikasi kerjanya.

Jadi yang mana menjadi pilihan anda? Yang mana lebih anda suka? Pakaian uniform atau pakaian formal?

ProfEsiOn SeBaGai GURU..



Saya memetik satu petikan dari Harian Metro:

“BAGI memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk.”

Dan juga satu petikan dari Utusan Malaysia:


“Profesion perguruan pilihan utama kepada golongan remaja di Malaysia. Contohnya pada tahun lepas, 80,000 permohonan untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih kurang 6,000 sahaja.”

Profesion guru boleh dikatakan menjadi pilihan utama berbanding profesion yang lain. Ramai juga yang sudah bekerja, bertukar kepada profesion perguruan. Mengapa? Adakah gajinya besar? Sudah tentu tidak. Memilih kerjaya sebagai seorang guru bukanlah mengejar kepada jumlah gaji yang besar. Bukan juga kerana jumlah cuti yang banyak.

Memang tidak dinafikan ramai yang memilih profesion guru kerana nampak lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Waktu kerja bermula 7.45 pagi hingga 1.00 petang sudah tentu banyak masa diluangkan di rumah. Namun pada hakikatnya itu adalah waktu kerja rasmi yang kita tahu bagi seorang guru. Tetapi bukan semudah itu menjadi guru.

Waktu kerja tidak rasmi seorang guru seperti kelas tambahan, aktiviti ko-kurikulum, membuat soalan peperiksaan, memeriksa kertas jawapan peperiksaan dan membuat perancangan pengajaran sebenarnya mengambil lebih dari 8 jam waktu kerja. Itu belum lagi termasuk waktu berfikir untuk mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai bagi memberikan pemahaman kepada para pelajar.

Karisma sebagai seorang guru bukan sembarangan. Hanya jika anda benar-benar mempunyai niat untuk membangunkan anak bangsa barulah anda akan tahan untuk memegang jawatan sebagai guru. Guru bukan sekadar pengajar. Guru adalah pendidik. Atau mungkin ‘murabbi’ adalah perkataan yang sesuai untuk seorang guru.



Jangan anda memilih untuk menjadi guru jika anda hanya berniat untuk mengambil keuntungan yang diberikan kerajaan kepada profesion ini kerana jika dalaman anda tidak bersih bagaimana anda nak memberikan didikan kepada anak bangsa?

Sunday, January 17, 2010

Hati pilu dikhianati rakan



SOALAN

SAYA mempunyai sahabat baik dan bekerja di syarikat yang sama. Kami seperti adik-beradik, malah keluarga saya menerimanya sebagai anak angkat.

Teman saya banyak menimbulkan masalah di pejabat dan nyaris diberhentikan kerana kurang produktif serta tidak menunjukkan minat dalam kerja.

Saya berusaha membantunya supaya dia tidak diberhentikan walaupun terpaksa menerima cacian (ramai tahu sikapnya yang pemalas).

Entah di mana silapnya, dia berubah sikap dan apabila di bawa berbincang, dia menengking, memaki-hamun dan menuduh saya macam-macam. Dia mendakwa saya menyebabkannya tertekan.

Apabila disiasat, ia berpunca daripada orang yang tidak menyenangi persahabatan kami. Bila diberitahu, dia tidak mempercayainya, malah menuduh saya mereka-reka cerita.

Lebih menyakitkan hati, dia mengaku berkawan dengan saya semata-mata untuk kepentingan dirinya, malah dia mendoakan kematian saya.

Justeru, saya membawa diri kerana terlalu tertekan sehingga jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Sepanjang tempoh itu, saya banyak menerima SMS daripada orang tidak dikenali berbentuk ugutan dan cacian.


Apabila disiasat, SMS itu daripada teman saya, malah saya mendapat tahu dia sudah melakukan perbuatan itu dengan ramai orang. Ini membuatkan saya sukar untuk percaya.

Sehingga kini, dia masih menyalahkan saya tanpa sebarang perbincangan. Perbuatannya itu turut menjejaskan persahabatan saya dengan rakan lain.

Kini, saya lebih gemar menyediri kerana terlalu sakit hati dengan perbuatan kawan baik saya itu.

Saya cuba melupakannya tetapi gagal. Apa pun, saya tidak dapat memaafkan perbuatannya walaupun suatu hari nanti dia memohon maaf.

Bantulah saya bagaimana mahu menghadapi keperitan hidup ini. Saya masih menyayanginya tetapi amat tertekan kerananya.

INSAN TERLUKA,
Dya

JAWAPAN


MELALUI kepahitan persahabatan memang menyakitkan dan melukakan. Apatah lagi, hubungan persahabatan yang dibina dengan kawan baik bagaikan adik-beradik.

Namun, persahabatan sama seperti hubungan lain iaitu perlu melalui banyak pahit manisnya. Kata-kata 'sahabat pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok' bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Adik sendiri melaluinya.

Ada ahli psikologi mengatakan walaupun mempunyai kawan baik adalah penting untuk kesejahteraan kesihatan mental dan fizikal, persahabatan juga boleh membawa kepada perasaan tertekan jika bertukar menjadi permusuhan.

Andaian dan pemikiran bahawa persahabatan antara kawan baik akan kekal selama-lamanya adalah permulaan kepada kegagalan dalam persahabatan.

Adik memulakan persahabatan dengan pemikiran dan jangkaan tinggi hubungan ini akan berjalan manis berjaya.

Justeru, tidak hairanlah adik sanggup berkorban masa, tenaga serta emosi untuk kawan adik itu. Sebagai balasannya, adik inginkan sahabat berkorban untuk adik. Realitinya, apa yang berlaku tidak memenuhi jangkaan.

Itulah permulaan kepada segala tekanan adik. Sahabat yang dijangka membawa sinar dalam hidup rupa-rupanya khianati adik sehingga membawa begitu banyak penderitaan.

Kata-kata bahawa 'persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman' tidak lagi wujud dalam kamus persahabatan adik.

Sikap suka membantu memang baik, tetapi adik perlu bertanya sama ada kawan baik adik selesa dengan pengorbanan dan sikap ambil berat itu.

Kawan adik perlu bertanggungjawab di atas sikapnya di tempat kerja. Terlalu melindungi dan mempertahankan kawan adik boleh memberi persepsi yang salah di pihaknya.

Anggapan bahawa adik sengaja membuatnya tertekan dan mahu memusnahkan hidupnya mungkin datang dari peristiwa di mana adik sendiri tidak tahu puncanya.

Perubahan sikap kawan adik tidak semestinya datang daripada kesilapan mana-mana pihak. Setiap masa dan saat manusia boleh berubah.

Sikap kawan baik yang mengakui mengambil kesempatan dalam persahabatan kalian demi kepentingan dirinya serta mendoakan kematian adik memang sikap tidak bertanggungjawab.

Ketika ini, adik dan kawan baik dipenuhi dengan emosi. Jadi, berilah masa dan ruang untuk adik berdua melihat serta menilai semula persahabatan itu.

Dalam permasalahan diri adik, apa yang perlu dilakukan ialah melihat kepada persoalan serta isu sebenar. Sikap terlalu mengambil berat boleh diakibatkan dari sikap tidak percaya, ingin mengawal dan mengatur persahabatan seperti yang diinginkan.

Persoalan, dalam hubungan persahabatan kalian berdua, adakah apa yang diinginkan oleh adik selari dengan apa yang diinginkan kawan baik adik itu?

Penyelesaian kepada masalah adik berdua adalah satu proses yang berterusan. Akan wujud tangisan dan tawa dalam proses ini. Bersedialah untuk memaafkan dan tidak salah menyalahkan.

Adik juga perlu bersedia berkawan dengan orang lain. Bersahabat dengan ramai orang dan mencari rakan baru mungkin mengubat kesedihan adik.

Dr memahami mengapa adik tidak mungkin dapat memaafkannya sehingga akhir hayat. Tiada siapa yang boleh menangani masalah adik kerana sebagaimana bersedianya adik untuk meneruskan kehidupan, adik akan berasa kepedihannya.

Justeru, adik perlu lalui kesakitan dan kepedihan ini dengan penuh tabah. Dapatkan khidmat kaunseling bagi mengurangkan tekanan atau luahkan kepada orang yang adik percaya.

Apabila hati dan emosi tenang, cuba maafkan kawan adik itu. Kesediaan adik untuk memaafkan kawan baik sesuatu yang mulia kerana Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudaranya.

Namun, jika adik masih gagal memaafkan dia, anggaplah apa yang berlaku mengajar adik menjadi lebih matang dan berhati-hati memilih sahabat.

sumber: harian metro

aPa iTU KAUNSELING?




PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

* Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.

* Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.




TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir.

Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku klien.

2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.

3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.

4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.

5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

* Memahami diri dan situasinya;
* Mengenal pasti keperluannya;
* Menerima realiti hidupnya;
* Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
* Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
* Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

PRINSIP KAUNSELING

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.

2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.

3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.

4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.

5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.

6. Kaunselor memahami kliennya.

7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.

8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.

2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.

3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.

4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.

2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.

3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.

4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.

5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.

6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.

7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.

8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

MeNgaPa?? MENGAPA?? MeNgaPa??




Mengapa harus lari, jika kau belum mencuba untuk menghadapinya.

Mengapa harus menyerah, jika belum mencuba untuk berjuang.

Mengapa harus mengeluh, jika kau belum mencuba mengerjakan sesuatu yang kau keluhkan.

Mengapa harus lari dari tanggungjawab, jika kau tahu bahawa kaulah yang benar.

Mengapa harus bersedih, jika masih ada begitu banyak kegembiraan.

Mengapa harus bersaing, jika kau belum mencuba untuk bekerjasama.

Mengapa harus mengeluarkan begitu banyak amarah, jika kau tahu perkara itu akan menyakitkan orang lain.

Mengapa harus mencari keburukan orang lain, jika kau memiliki banyak keburukan dalam dirimu sendiri.

Mengapa harus berdiam diri, jika kau dapat mengerjakan sesuatu yang bererti.

Mengapa harus mengkhuatirkan jalan hidupmu, jika masih banyak waktu yang berada didepanmu.

Mengapa harus takut akan kematian, jika kau tahu kematian tidak dapat kau hindari.

MaLaS Ke SeKoLaH



Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi.

Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.


Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.


Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

ANDA ORANG PALING MALANG??

Jika anda merasakan anda adalah insan yang paling malang hari ini. betul? Jika ya, anda perlu membaca kisah-kisah orang malang yang berkemungkinan besar berkali-kali ganda daripada malang yang anda hadapi..

Tidak percaya? teruskan membaca…eheheheh



MANA YANG LEBIH MALANG?

Pihak bomba di California menemui mayat seorang lelaki yang rentung jauh di dalam hutan semasa melakukan penilaian kesan kebakaran hutan yang telah berjaya dipadamkan. Anehnya, si mati berpakaian sut renang lengkap dengan sirip kaki, tong oksigen di belakangnya dan topeng pernafasan skuba.

Bedah siasat yang dijalankan kemudian mendapati kematian mangsa bukan disebabkan kebakaran, tetapi berpunca daripada kecederaan dalaman yang teruk. Siasatan penuh yang dijalankan akhirnya menjelaskan punca kejadian aneh ini.

Sebenarnya semasa hari kejadian, mangsa sedang menikmati percutian aktiviti skuba di pantai yang terletak kira-kira 20 batu dari tempat kebakaran hutan berlaku. Dalam usaha pantas pihak bomba memadamkan kebakaran, helicopter digunakan untuk mengangkut air menggunakan bucket yang besar dari punca yang paling hampir.

Dapat teka apa yang terjadi kepada mangsa? Dalam masa seminit, mangsa yang sedang menyelam di laut tiba-tiba menjunam jatuh 300 kaki dari udara ke dalam api, 20 Mac 1998.


MASIH MERASAKAN INILAH HARI MALANG ANDA?

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah.

Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk. Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedic dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin yang merupakan laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (Takde tong sampah ke..)

Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah, melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan....... ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki. Dengan panggilan kecemasan, paramedic yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman.

Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi...) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.



MASIH MERASAKAN ANDA ORANG YANG PALING MALANG DARIPADA MEREKA DIATAS?

Ingat! Mungkin ini lebih buruk...

1. Kos purata untuk rawatan dan pemuliharaan seekor anjing laut akibat tumpahan minyak Exxon Valdez* (untuk maklumat, rujuk pada hujung artikel) adalah sebanyak USD$80 000.. Dalam satu majlis khas, dua daripada anjing laut tersebut dilepaskan semula ke habitatnya dengan tepukan gemuruh dan sorakan gembira hadirin. Tak sampai 2 minit kemudian, orang ramai menonton thiller™.... Kedua-duanya dibaham, NGAP! oleh seekor paus pembunuh.

2. Seorang isteri yang baru balik ke rumah, tergamam melihat lilitan wayar dari pinggang suaminya yang kebetulan berdiri berhampiran cerek elektrik.

“Suamiku terkena kejutan elektrik!!!”

Dengan refleks spontan secepat kilat, dia memukul (dah tentu dengan sekuat hatinye...) suaminya dengan kayu (penyapu kot) yang dicapainya di belakang pintu. Akibatnya, si suami yang sebenarnya sedang bergumbira sambil mendengar Walkman... patah dua tulang tangan.

3. Dua orang aktivis haiwan sedang membuat bantahan terhadap kerja-kerja penghantaran khinzir yang mereka anggap tak berperikehaiwanan di sebuah pusat penyembelihan khinzir di Bonn, Jerman. Tiba-tiba dua ribu khinzir tadi meluru dengan satu rempuhan ke arah pagar yang patah, menyebabkan kedua-dua aktivis tadi mati serta-merta dipijak oleh ribuan kerbau pendek tu..

AKHIR SEKALI...

4. Khay Rahnajet, seorang penentang di Iraq, tidak melekatkan setem yang cukup untuk letter bomb yang dihantarnya. Surat itu dikembalikan dengan return to sender dinyatakan padanya. Akibat terlupa, letter bomb yang di set meletup apabila dibuka.... menjadikan pengirimnya bercerai kepada kepingan-kepingan badan yang berasingan... Innalillah..

Exxon Valdez*
-Nama kapal milik syarikat Exxon Shipping Company (sekarang dikenali Sea River Shipping Company).
-Menyebabkan tumpahan minyak semasa dalam perjalanan merentas Alaska pada 23 Mac 1989.
-Tumpahan yang berlaku : 11 juta gelen atau 257 000 tong minyak.
-Liputan minyak seluas 1300 batu dengan 200 batu yang terhampir dengan punca adalah tumpahan kritikal.
-Kos pembersihan adalah USD$2.1 bilion!! (bukan juta tau) melibatkan 10 ribu pekerja, hampir 1 ribu bot dan kira-kira 100 buah kapal terbang serta helikopter.
-Bangkai lebih 35 ribu burung dan 1 ribu memerang laut dijumpai. Namun disebabkan banyak lagi bangkai yang tenggelam ke dasar laut, anggaran sebenar kematian haiwan adalah 250 ribu burung, 2 800 memerang laut, 300 anjing laut, 250 helang botak (haiwan yang dilindungi sepenuhnya di US), 22 ekor paus pembunuh dan berbilion telur ikan salmon dan herring.

OrAnG JePun Dan IkAn JErUnG






Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan. Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan.

Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan. Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar. Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan. Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup. Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar. Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya.

Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan. Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.


Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif. Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian.

Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita seekor ikan jerung kecil dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

Monday, January 11, 2010

Apabila boring di KFC

Apabila anda bosan di KFC sorang-sorang samada tunggu member yang tak sampai-sampai atau tunggu anak yang bz main , apa kata anda bermain-main dengan tulang ayam KFC tu. Pastu jangan lupa basuh tangan pakai sabun.

terima kasih kepada isuhangat... ehehhee...






Bilangan pelajar AS sakit mental meningkat


GAMBAR fail menunjukkan pelajar-pelajar duduk di atas rumput di Universiti Yale, Amerika Syarikat pada 11 Oktober 2000.


CHICAGO - Satu kajian terbaru mendapati jumlah pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) yang mengalami tekanan jiwa dan lain-lain penyakit mental meningkat lima kali ganda berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.

Penemuan tersebut dirumuskan berdasarkan borang soal selidik psikologi yang digunakan sejak 1938.

Ia mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.

"Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini," kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.

Hasil kajian itu yang didedahkan semalam akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.

Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej.

Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.

"Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang," kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. - AP


sumber: kosmo

An Email for Bill Gates from the Indian Customer



From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found some
Problems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar!
So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? I find only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘'find' button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is noteven a single photo of mine.
So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only..

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?

10. You provide 'My Network Places'. For God shake please do not provide 'My Secret Places'.
I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11. Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS

Regards, Suresh

Sunday, January 10, 2010

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?


Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan? Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan.

Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah.


Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.


Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (1) untuk jawapan ‘ya’ atau (0) untuk ‘tidak’.




Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?


1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?


3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?


4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?


6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?


8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?


10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?


11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?


12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?


13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?


14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?

15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?



Bagaimanakah kedudukan anda?


Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan ‘Ya’, berikan diri anda 1 markah.



Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.



Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.



Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.