Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Perkara yang MENJELIKKAN PenEmuDuGa.


Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda:

~Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
~Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
~Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
~Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
~Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
~Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda


Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

ObJektiF PEnEmuDuGa


Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut.
Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.

Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

~Kebolehan berkomunikasi yang baik
~Mempunyai kelayakan yang relevan
~Bersemangat
~Berinisiatif
~Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
~Berwatakan Menarik

Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.

Pakaian FORMAL Atau UNIFORM?



Apabila meneliti dunia kerjaya ini, sesuatu yang memberikan perbezaan ketara dan menjadi identiti bagi satu-satu pekerjaan itu selain dari perkhidmatan dan barangannya ialah pakaian kerjanya. Pakaian kerja melambangkan identiti dengan siapa anda bekerja, pangkat apa, dan juga di tahap mana.

Kebanyakkannya di negara kita ramai yang beruniform seperti polis, tentera, doktor, posmen dan juga pekerjaan dengan pakaian formal seperti guru, kerja bahagian pengurusan dan banyak lagi.

First view terhadap sesuatu pekerjaan itu sebenarnya menunjukkan prestij kepada pekerjaan itu sendiri. Contohnya pekerjaan yang melibatkan pakaian beruniform seperti polis, JPJ, Bomba dan lain-lain. Apa pandangan anda sejujurnya melihat seorang pegawai polis atau Major dalam tentera? Paling tidak pun nampak gah dan prestij diutamakan dalam bidang tugas mereka. Prestij pun penting selain dari gaji dan pengalaman.

Namun pakaian formal juga tidak bermakna tiada prestij. Lihatlah dengan kesesuaian pekerjaan dan tugas. Mungkin bekerja di pejabat dengan menguruskan pentadbiran atau menjadi guru JQAF di sekolah-sekolah tidak sesuai pula untuk berpakaian uniform kerana lebih kepada soft skill dalam aplikasi kerjanya.

Jadi yang mana menjadi pilihan anda? Yang mana lebih anda suka? Pakaian uniform atau pakaian formal?

ProfEsiOn SeBaGai GURU..



Saya memetik satu petikan dari Harian Metro:

“BAGI memenuhi keperluan yang semakin mendesak, kerajaan akan menambah jumlah pengambilan guru ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari semasa ke semasa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan menambah pengambilan guru itu diambil berikutan keperluan guru semakin mendesak terutama di kawasan bandar yang mengalami kadar pertumbuhan pesat penduduk.”

Dan juga satu petikan dari Utusan Malaysia:


“Profesion perguruan pilihan utama kepada golongan remaja di Malaysia. Contohnya pada tahun lepas, 80,000 permohonan untuk menjadi guru. Itu satu jumlah yang besar sedangkan tempat yang ada lebih kurang 6,000 sahaja.”

Profesion guru boleh dikatakan menjadi pilihan utama berbanding profesion yang lain. Ramai juga yang sudah bekerja, bertukar kepada profesion perguruan. Mengapa? Adakah gajinya besar? Sudah tentu tidak. Memilih kerjaya sebagai seorang guru bukanlah mengejar kepada jumlah gaji yang besar. Bukan juga kerana jumlah cuti yang banyak.

Memang tidak dinafikan ramai yang memilih profesion guru kerana nampak lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Waktu kerja bermula 7.45 pagi hingga 1.00 petang sudah tentu banyak masa diluangkan di rumah. Namun pada hakikatnya itu adalah waktu kerja rasmi yang kita tahu bagi seorang guru. Tetapi bukan semudah itu menjadi guru.

Waktu kerja tidak rasmi seorang guru seperti kelas tambahan, aktiviti ko-kurikulum, membuat soalan peperiksaan, memeriksa kertas jawapan peperiksaan dan membuat perancangan pengajaran sebenarnya mengambil lebih dari 8 jam waktu kerja. Itu belum lagi termasuk waktu berfikir untuk mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai bagi memberikan pemahaman kepada para pelajar.

Karisma sebagai seorang guru bukan sembarangan. Hanya jika anda benar-benar mempunyai niat untuk membangunkan anak bangsa barulah anda akan tahan untuk memegang jawatan sebagai guru. Guru bukan sekadar pengajar. Guru adalah pendidik. Atau mungkin ‘murabbi’ adalah perkataan yang sesuai untuk seorang guru.



Jangan anda memilih untuk menjadi guru jika anda hanya berniat untuk mengambil keuntungan yang diberikan kerajaan kepada profesion ini kerana jika dalaman anda tidak bersih bagaimana anda nak memberikan didikan kepada anak bangsa?

Sunday, January 10, 2010

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?


Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan? Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan.

Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah.


Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.


Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (1) untuk jawapan ‘ya’ atau (0) untuk ‘tidak’.




Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?


1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?


3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?


4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?


6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?


8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?


10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?


11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?


12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?


13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?


14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?

15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?



Bagaimanakah kedudukan anda?


Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan ‘Ya’, berikan diri anda 1 markah.



Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.



Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.



Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.