Monday, January 18, 2010

Pakaian FORMAL Atau UNIFORM?



Apabila meneliti dunia kerjaya ini, sesuatu yang memberikan perbezaan ketara dan menjadi identiti bagi satu-satu pekerjaan itu selain dari perkhidmatan dan barangannya ialah pakaian kerjanya. Pakaian kerja melambangkan identiti dengan siapa anda bekerja, pangkat apa, dan juga di tahap mana.

Kebanyakkannya di negara kita ramai yang beruniform seperti polis, tentera, doktor, posmen dan juga pekerjaan dengan pakaian formal seperti guru, kerja bahagian pengurusan dan banyak lagi.

First view terhadap sesuatu pekerjaan itu sebenarnya menunjukkan prestij kepada pekerjaan itu sendiri. Contohnya pekerjaan yang melibatkan pakaian beruniform seperti polis, JPJ, Bomba dan lain-lain. Apa pandangan anda sejujurnya melihat seorang pegawai polis atau Major dalam tentera? Paling tidak pun nampak gah dan prestij diutamakan dalam bidang tugas mereka. Prestij pun penting selain dari gaji dan pengalaman.

Namun pakaian formal juga tidak bermakna tiada prestij. Lihatlah dengan kesesuaian pekerjaan dan tugas. Mungkin bekerja di pejabat dengan menguruskan pentadbiran atau menjadi guru JQAF di sekolah-sekolah tidak sesuai pula untuk berpakaian uniform kerana lebih kepada soft skill dalam aplikasi kerjanya.

Jadi yang mana menjadi pilihan anda? Yang mana lebih anda suka? Pakaian uniform atau pakaian formal?

No comments: